OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Basuh najis ayam punca Sungai Pertang busuk

Basuh najis ayam punca Sungai Pertang busuk

KUALA PILAH – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kuala Pilah (JASCKP) mengesahkan bahawa pencemaran Sungai Pertang yang dilaporkan sejak akhir tahun lalu berpunca daripada aktiviti penternakan ayam dan pengorekan pasir sungai di sepanjang jajaran sungai berkenaan.

Menurut kenyataan dikeluarkan JASCKP, hasil siasatan yang dijalankan sepanjang akhir tahun 2025 serta pemeriksaan terkini pada 2 Februari lalu mendapati punca pencemaran tersebut adalah daripada aktiviti di luar bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar.

“Siasatan mendapati aktiviti pencucian reban ayam oleh pengusaha penternakan telah menyebabkan pelepasan air basuhan najis ayam ke dalam Sungai Pertang, sekali gus meningkatkan beban pencemaran dan menjejaskan kualiti air sungai.

“Selain itu, aktiviti pengorekan pasir sungai turut dikenal pasti sebagai faktor penyumbang apabila kedalaman Sungai Pertang didapati semakin cetek berbanding keadaan asal.

“Air cucian pasir yang dilepaskan ke sungai dipercayai menambah beban pencemaran serta mengganggu habitat hidupan akuatik,” kata kenyataan itu.

Menurut JASCKP, keadaan ini turut disokong oleh aduan nelayan tempatan yang mendakwa hasil tangkapan ikan semakin berkurangan akibat gangguan habitat dan perubahan fizikal sungai, sekali gus menjejaskan sumber rezeki mereka. – KOSMO! ONLINE
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search