OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bomba berjaya kawal api tanah gambut Pengkalan Raja

Bomba berjaya kawal api tanah gambut Pengkalan Raja

PONTIAN: Kebakaran hutan tanah gambut seluas kira-kira lima ekar di Batu 30, Pangkalan Raja di sini berjaya dikawal dalam tempoh kurang dua jam oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Md. Bakhtiar Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ketua kampung pada pukul 9.10 pagi sebelum tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi pemadaman berdepan cabaran apabila pasukan terpaksa membuat satu pacutan sejauh 600 kaki dari jalan utama untuk memasuki kawasan kebakaran, selain mendapatkan bekalan air sebanyak enam kali dari jarak kira-kira tiga kilometer.

“Punca kebakaran dikenal pasti berpunca daripada pembakaran sampah yang tidak terkawal sehingga merebak dan membakar kawasan hutan tanah gambut,” katanya kepada Utusan ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terdapat 14 buah rumah yang terletak berhampiran kawasan kebakaran, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelakkan api daripada merebak ke kawasan penempatan penduduk.

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.45 pagi, namun kerja-kerja pemadaman masih diteruskan bagi memastikan api benar-benar padam dan tidak berlaku kebakaran berulang.

“Kami akan terus bersiap siaga dan memantau kawasan ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search