OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sultan Pahang sertai gotong-royong bersih kediaman pasca banjir di Pekan

Sultan Pahang sertai gotong-royong bersih kediaman pasca banjir di Pekan

PEKAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenaan menyertai gotong-royong membersih kediaman serta sekitar kawasan perumahan di Taman Pelangkah, di sini, hari ini.

Program gotong-royong turut disertai kakitangan Majlis Kesultanan Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk Taman Pelangkah.

Baginda yang berangkat tiba kira-kira jam 11 pagi turut berkenan meninjau kesan banjir di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Taman perumahan itu terletak berhampiran Sungai Pahang dan limpahan sungai menenggelamkan kawasan kediaman sejak empat hari lalu sebelum surut sepenuhnya semalam.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menziarahi kediaman penduduk bagi melihat kesan banjir dan kerosakan dialami serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir.

 

Sehingga jam 4 petang ini, sejumlah 347 mangsa di tiga daerah di Pahang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Ia membabitkan 70 mangsa di dua PPS di Pekan, diikuti 242 mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Selamat di Kuantan dan 35 mangsa lagi di Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search