OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tanah runtuh jejas 1,000 Orang Asli

Tanah runtuh jejas 1,000 Orang Asli

GUA MUSANG: Pembinaan jalan lencongan di kawasan tanah runtuh di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau di sini  perlu disiapkan lebih awal untuk kemudahan lebih 1,000 penduduk Orang Asli di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau sudah menghantar surat dan permohonan rasmi kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi memaklumkan cadangan tersebut.

Katanya, langkah itu diambil selepas masyarakat Orang Asli mengemukakan aduan dan mendakwa urusan harian mereka terjejas sejak runtuhan tersebut berlaku.

“Saya harap jalan lencongan itu mendapat jaminan keselamatan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Kita tidak mahu lencongan ini dibuat oleh pihak kebun atau orang biasa.

“Saya khuatir laluan yang dibina oleh pekebun atau orang biasa di kawasan tidak selamat sekali gus membahayakan keselamatan pengguna,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Pada 6 Disember lalu dilaporkan, JKR memasang penghadang konkrit bagi menghalang pengguna jalan melalui kawasan jalan runtuh di kilometer berkenaan.

Mohd. Syahbuddin berharap kajian menyeluruh dapat dilaksanakan bagi mengelak masalah sama berulang.

Katanya, sebelum ini ada kawasan yang telah siap dibaiki runtuh semula di lokasi sama.

“Jadi saya harap kejadian yang teliti dapat dilaksanakan oleh pihak berkenaan,” ujarnya.

Pengarah JKR Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada pengetahuan KKR bagi mendapatkan peruntukan.

Katanya, ketika ini pewartaan penutupan jalan sedang dilakukan oleh JKR.

“Nasihat saya kepada pengguna supaya tidak menceroboh laluan ini kerana ia boleh mengancam keselamatan nyawa,” ujarnya.-UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search