OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

BBP Pontian Baru siapsaga hadapi fenomena air pasang besar

BBP Pontian Baru siapsaga hadapi fenomena air pasang besar

PONTIAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru sudah melaksanakan pemantauan rapi membabitkan kawasan berisiko air pasang besar dan banjir hari ini bermula jam 11.15 pagi hingga 2 petang.

Pemantauan dijalankan sebagai langkah kesiapsiagaan terhadap fenomena air pasang besar yang melanda di beberapa lokasi tumpuan di daerah ini.

Operasi pemantauan menggunakan tiga aset utama seperti LFRT Artego, EMRS dan kenderaan Hilux serta dengan kekuatan 11 anggota.

Pemeriksaan dijalankan di empat kawasan utama iaitu di Pusat Perdagangan Pontian, Pantai Rambah, Terminal Feri Kukup dan Taman Negara Tanjung Piai.

Difahamkan, hasil tinjauan cuaca berada di dalam keadaan baik dan tidak hujan, bacaan paras air memaparkan setinggi 3.6 meter di beberapa kawasan terbabit serta keadaan terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan awam.

 

Anggota BBP Pontian Baru turut memberikan khidmat nasihat keselamatan kepada penduduk supaya sentiasa berwaspada, bersedia untuk berpindah jika paras air terus meningkat.

Selain itu, BBP Pontian Baru akan membuat pemantauan berkala bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin sepanjang fenomena air pasang besar ini.

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search