OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Calon SPM terpaksa berenang: JPN sahkan pelajar sudah di asrama

Calon SPM terpaksa berenang: JPN sahkan pelajar sudah di asrama

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Kuala Kechau dekat Lipis yang terpaksa berenang meredah air banjir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang tular di media sosial berada dalam keadaan selamat.

JPN Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar itu dinaiki air dengan sangat cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada 29 November lalu.

“Murid itu sekarang ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar dan berada dalam keadaan selamat serta bersedia menduduki peperiksaan bersama calon lain,” kata kenyataan itu.

JPN Pahang memaklumkan jabatan itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama sekolah menengah berasrama di sekitar daerah Lipis menyediakan pelan kontigensi awal termasuk menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar di kawasan terjejas banjir.

Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 53 saat seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah berenang dalam kawasan dinaiki air dan seorang lelaki lain dipercayai bapanya turut berenang merentasi banjir sambil menolak satu tong hitam besar berisi beg sekolah milik remaja berkenaan, – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search