OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

9 pekerja cemas selepas terhidu gas toksik

9 pekerja cemas selepas terhidu gas toksik

KEMAMAN: Sembilan pekerja sebuah kilang memproses makanan haiwan berdepan detik cemas selepas terhidu gas toksik ketika sedang melakukan kerja–kerja pembersihan tangki kawasan perindustrian biopolymer dekat Kerteh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.51 petang itu, kesemua mangsa yang berusia 23 hingga 40 tahun baru memulakan operasi kerja penyelenggaraan tangki di kilang tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas salah seorang mangsa dikatakan membuka penutup tangki tersebut menyebabkan berlakunya pelepasan gas amonia dan methyl mercaptan di sekitar kawasan lokasi kejadian.

Akibat dari pelepasan gas toksik tersebut, kesemua mangsa mengalami simptom sesak nafas dan kakitangan kilang yang menyedari kejadian itu telah membawa kesemua mangsa keluar ke kawasan selamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali ketika dihubungi berkata, Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut.

Menurutnya pasukan HAZMAT telah berjaya mengurangkan penyebaran gas di lokasi kejadian.

Kebocoran gas berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.05 pagi tadi.

Tiga mangsa telah dibenarkan pulang selepas diberi rawatan di Hospital Dungun, manakala enam mangsa lagi masih menerima rawatan di hospital sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search