OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bawa hujan, angin dengan kelajuan 50km/j

Bawa hujan, angin dengan kelajuan 50km/j

Ribut Tropika Senyar dijangka membawa hujan berterusan dalam tempoh 24 jam akan datang serta angin dengan kelajuan sehingga 50 kilometer per jam (km/j).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata hujan berterusan itu dijangka membawa sekitar 300 millimeter (mm) hujan sejam apabila ia memasuki Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, jalur awan yang mengelilingi mata ribut tropika berkenaan sudah mula memasuki semenanjung ketika ini. “Ribut Tropika Senyar dijangka membawa hujan berterusan sepanjang 24 jam akan datang selain kelajuan angin mencecah 50km/j.

“Hujan berterusan itu dijangka membawa sekitar 300mm hujan dalam tempoh satu jam apabila ia memasuki Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Ribut Tropika Senyar dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November ini (esok).

“Malaysia berada di luar kawasan laluan ribut tropika kerana kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia pernah dilanda oleh ribut tropika secara langsung sebanyak dua kali iaitu pada 26 Disember 1996 (Greg) di barat Sabah dan pada 26 Disember 2001 (Vamei) yang berlaku di selatan Semenanjung.

“MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat sistem cuaca yang dikemas kini setiap tiga jam yang bermula pada 23 November lalu apabila sistem terbabit memasuki kawasan pemantauan.

“MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri

Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November ini,” katanya. Beliau berkata, MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search