OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lebih 100 kampung di Kelantan berisiko banjir hingga Ahad ini

Lebih 100 kampung di Kelantan berisiko banjir hingga Ahad ini

Kota Bharu: Lebih 100 kawasan rendah di lima jajahan di Kelantan diramal berdepan banjir bermula hari ini hingga 30 November ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan semalam memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 24 November lepas serta paras air beberapa sungai utama yang dijangka melepasi paras bahaya.

"Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah, membabitkan kampung-kampung dalam lingkungan lima kilometer dari Lembangan Sungai Kelantan.

Antara kawasan berisiko di Gua Musang adalah Kampung Jeram Tekoh dan Kampung Limau Kasturi.

Di Kuala Krai, antaranya merangkumi sebahagian besar penempatan rendah seperti Kampung Mambong, Kampung Pahi, Kampung Bahagia, Kampung Bekok, Kampung Cheneh, Kampung Batu Mengkebang, Kampung Sungai Pas, Kampung Temalir, Dusun Damar dan Taman Perisai Wira.

Di Machang, antaranya membabitkan kawasan luas sekitar Sungai Kelantan termasuk Kampung Pangkal Durian dan Kampung Kolam Abu.

Sementara itu, di Tanah Merah iaitu kawasan rendah sekitar Sungai Kelantan termasuk Kampung Jerangau, Kampung Chekok Ipoh, Taman Kiara, Kampung Belimbing dan Kampung Kerilla.

PRABN turut mengingatkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangka, dan menasihati penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui portal rasmi PublicInfoBanjir atau Facebook @PublicInfoBanjir," menurut kenyataan itu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search