OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KPM bantu urusan pemindahan calon SPM terkepung banjir

KPM bantu urusan pemindahan calon SPM terkepung banjir

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Ops Payung sebagai persiapan untuk memindah calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkepung akibat banjir untuk menduduki peperiksaan itu pada Selasa ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu, pihaknya bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi lain bagi memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.

Menurutnya, kerjasama itu bertujuan memastikan tahap keselamatan calon SPM berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh peperiksaan.

“Kita sudah memantau semua aspek dalam hal tersebut. Setakat ini, sebahagian besar calon yang terjejas banjir sudah ditempatkan di asrama.

“Bagaimanapun, KPM sentiasa bersedia untuk memindahkan pelajar dengan aset agensi terlibat terutamanya calon yang yang terkepung banjir sekali gus tidak dapat ke pusat peperiksaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, KPM turut memantau ketat perkembangan kesemua calon-calon SPM dan berharap Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dapat membantu dalam memudahkan urusan pelajar. – KOSMO! ONLINE

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search