OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dua taufan ragut 250 nyawa di Filipina, jutaan penduduk terjejas

Dua taufan ragut 250 nyawa di Filipina, jutaan penduduk terjejas

MANILA, 11 Nov: Angka korban akibat dua taufan yang melanda Filipina sejak minggu lalu meningkat kepada 250 orang, manakala jutaan lagi penduduk terjejas dan hilang tempat tinggal, lapor Xinhua yang pihak berkuasa pada Selasa.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) memaklumkan bahawa Taufan Kalmaegi yang melanda daratan pada 4 Nov, mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di wilayah tengah negara itu, mengorbankan 232 nyawa serta menyebabkan 112 orang hilang.

Sebahagian besar kematian dilaporkan di wilayah Cebu, yang masih berusaha pulih daripada kesan gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter pada 30 Sept lalu, menurut NDRRMC.

Sementara itu, Pejabat Pertahanan Awam Filipina pada Selasa mendedahkan bahawa Taufan Fung-wong, yang melanda Pulau Luzon pada Ahad meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa.

Kedua-dua taufan itu turut menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal serta memusnahkan kediaman, kawasan pertanian dan infrastruktur penting termasuk jalan raya dan jambatan, kata pegawai.

Fung-wong merupakan taufan ke-21 yang melanda Filipina tahun ini, melebihi purata tahunan negara itu iaitu 20 taufan. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search