OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Orang Gua Musang siap sedia hadapi banjir

Orang Gua Musang siap sedia hadapi banjir

GUA MUSANG – Lebih 100 keluarga yang tinggal berhampiran Sungai Galas di Kampung Limau Kasturi di sini, membaik pulih 100 buah rumah rakit yang dibina sejak 10 tahun lalu bagi menghadapi bencana banjir.

Seorang penduduk, Hanusi Razah, 49, berkata, rumah rakit yang dibuat daripada kayu, tong dan zink membantu penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta tebing sungai untuk menyelamatkan barangan ketika banjir.

Katanya, mereka melakukan persediaan lebih awal setiap tahun termasuk membina bangsal atau khemah di atas bukit sebagai tempat berlindung sekiranya terkandas banjir dan tidak sempat ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan pihak berkuasa.

“Saya memperuntukkan kos sebanyak RM6,000 bagi membina rumah rakit dan RM4,000 untuk membeli sebuah bot bagi kegunaan keluarga dan penduduk kampung.

“Saya menggunakan 24 buah tong untuk membina rumah rakit. Keluasan rumah rakit ber­kenaan dapat menyimpan pelbagai barangan elektrik seperti televisyen, peti sejuk dan mesin basuh,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Othman, 54, pula berkata, dia telah membuat persiapan awal membaik pulih rumah rakit untuk menyimpan pakaian dan barangan elektrik di atas rumah rakit.

Katanya, dia telah membuat persiapan awal membaik pulih rumah rakit sebelum menyimpan pakaian dan tilam ke atas rumah rakit.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Gua Musang, Mohd. Roshdi Ismail berkata, sebanyak 174 aset dan hampir 1,000 anggota ke­selamatan di daerah ini bersiap sedia hadapi banjir Jabatan Meteorologi menjangkakan Monsun Timur Laut bermula hari ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan.
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search