OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

PARLIMEN: 14 titik panas gempa bumi di Malaysia

PARLIMEN: 14 titik panas gempa bumi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 titik panas atau hotspot dikenal pasti sebagai lokasi berisiko berlakunya gempa bumi di negara ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) , Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, kawasan berkenaan merangkumi Ranau dan Lahad Datu (Sabah), Niah (Sarawak), Bukit Tinggi dan Janda Baik (Pahang) serta Batang Kali dan Ulu Yam (Selangor).

Katanya, turut terlibat ialah Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Kenyir (Terengganu), Manjung dan Temenggor (Perak) serta Mersing, Segamat dan Batu Pahat (Johor).

Hotspot ini dikenal pasti hasil kajian yang dijalankan bagi memastikan pembangunan di kawasan berisiko mengambil kira aspek keselamatan, reka bentuk dan mitigasi kejuruteraan yang sesuai,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata,  Malaysia mempunyai Malaysia National Annex to Eurocode 8: Part 1-General Rules, Seismic Actions and Rules for Buildings yang diterbitkan Jabatan Standard bagi memastikan setiap pembangunan mematuhi standard gempa bumi yang ditetapkan.

“Mereka yang mahu membuat pembangunan di kawasan panas perlu merujuk kepada standard ini. 

“Bagi kawasan yang tidak termasuk dalam senarai jajaran gempa bumi, ia tidak wajib. Data ini juga akan digunakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika meluluskan projek pembangunan,” katanya. -UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search