OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut PPR: 9 rumah terjejas, 5 keluarga terima bantuan awal RM1,000

Ribut PPR: 9 rumah terjejas, 5 keluarga terima bantuan awal RM1,000

KUALA LUMPUR – Lima keluarga terjejas dalam insiden ribut dan angin kencang yang menyebabkan bumbung rumah tercabut di Projek Prumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Pantai Dalam, di sini menerima bantuan awal sebanyak RM1,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, dalam kejadian tersebut, sebanyak sembilan unit kediaman terjejas.

Menurutnya, sebanyak 25 kenderaan penduduk turut mengalami kerosakan akibat dihempap serpihan bumbung.

“Lima daripadanya mengalami kerosakan serius manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan ringan.

“Lima keluarga yang terjejas akan menerima bantuan awal berjumlah RM1,000 serta ditawarkan penempatan di Rumah Transit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Zaliha bersama Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioeknomi DBKL Ismadi Sakirin meninjau keadaan di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam.

Beliau turut menziarah keluarga yang terlibat susulan insiden bumbung tercabut akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda kira-kira pukul 4 petang semalam.

Sementara itu, Zaliha berkata, empat daripada lima keluarga yang terkesan telah berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) Komuniti Lembah Pantai yang disediakan.

“Bagi empat keluarga lain yang hanya mengalami kerosakan kecil, pihak DBKL akan membantu urusan pembaikan segera di kediaman masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zaliha memberi jaminan kerajaan bersama DBKL akan mengambil langkah pantas untuk memastikan kebajikan penduduk terjamin.

“Keutamaan kami adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat. DBKL akan memastikan semua keluarga terjejas mendapat perlindungan dan bantuan sewajarnya sehingga mereka dapat kembali mendiami kediaman masing-masing dengan selesa dan selamat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search