OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Malaysia komited perkukuh kesiapsiagaan bencana bersama ASEAN

Malaysia komited perkukuh kesiapsiagaan bencana bersama ASEAN

Kuala Lumpur: Kerajaan meletakkan komitmen yang tinggi dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi bencana bersama negara-negara anggota ASEAN menerusi perkongsian pengalaman, inovasi serta kepakaran khusus dimiliki oleh setiap negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata selaras dengan Kepengerusian ASEAN 2025, perkongsian kepakaran itu dilihat dapat membuka peluang negara tampil lebih proaktif sebagai peneraju serantau dalam memperkukuhkan daya tahan masyarakat.

Katanya, dalam hal ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memainkan peranan penting dalam menggembleng semua pihak berkepentingan bagi memastikan perkongsian itu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Bukan setakat itu saja, perkongsian itu juga dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama dan memperluaskan inovasi untuk memastikan komitmen kerajaan demi kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan hingga ke peringkat antarabangsa.

"Bagi pihak saya sendiri, saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada NADMA yang sentiasa turun padang, membantu rakyat dan waspada bagi memastikan setiap orang berada dalam keadaan selamat," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Sidang Media Resilient Asia 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar.

Pameran dan Forum Resilient Asia 2025 dengan bertemakan "AI For Future-Proofing DIsaster Management Towards Stronger Communities" itu akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Semua negara anggota ASEAN dan delegasi antarabangsadari negara yang menjalankan kerjasama strategik dalam bidang pengurusan bencana seperti Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jepun, Qatar dan Russia juga akan dijemput menyertai pameran itu.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, penganjuran pameran dan forum ini menekankan kepentingan sains, teknologi dan inovasi sebagai pemacu utama pengurusan bencana moden.

Katanya, dalam masa yang sama ia mengangkat peranan kerjasama awam dan swasta, membuka ruang pembangunan intelektual melalui perkongsian ilmu pengetahuan demi mengurangkan risiko bencana secara menyeluruh.

"Sepanjang penganjuran, pelbagai forum dan persidangan antarabangsa akan dilakukan merangkumi aspek pencegahan, mitigasi, kesiapsiagaan, tindak balas, bantuan kemanusiaan serta pemulihan semula.

"Ia selaras dengan usaha kerajaan memperkukuhkan kapasiti, memanfaatkan teknologi terkini dan memperluaskan program berasaskan komuniti demi memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap terbaik," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search