OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rumah tujuh sekeluarga musnah dijilat api di Kampung Sageng Hilir

Rumah tujuh sekeluarga musnah dijilat api di Kampung Sageng Hilir

SIMUNJAN, 19 Ogos: Sebuah rumah tidak kekal di Kampung Sageng Hilir musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi, namun tujuh penghuninya termasuk empat kanak-kanak dilaporkan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan bergegas ke lokasi dan tiba empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati rumah tersebut terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air dari pam jentera, manakala sumber air diambil dari pili bomba berhampiran.

Ketika laporan ini ditulis, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Fairus Jamain dan Ketua BBP Simunjan, Nazari Harun, melibatkan kekuatan 10 anggota bersama sebuah jentera LFRT dan kenderaan pacuan empat roda.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search