OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran hutan di Sri Aman padam sepenuhnya selepas 7 hari operasi

Kebakaran hutan di Sri Aman padam sepenuhnya selepas 7 hari operasi

SRI AMAN, 16 Ogos: Kebakaran hutan di Jalan Kejatau-Lingga di sini, yang dianggarkan melibatkan kawasan seluas 80 hektar berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas operasi pemadaman memasuki hari ketujuh hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi yang dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan 18 anggota bersama sebuah lori Hicom, dua kenderaan Hilux dan sebuah lori tangki air.

“Pada jam 8 pagi, operasi pemadaman dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan melibatkan lapan anggota serta menggunakan pam forest fire dan dua aliran hos bagi memadam kebakaran di sektor tiga dan empat.

“Kaedah total flooding dan direct attack digunakan dalam operasi berkenaan, manakala empat anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut hadir bersama sebuah dron bagi membantu pemantauan kawasan kebakaran,” kata kenyataan itu.

Operasi pemadaman Ops Kejatau II tamat sepenuhnya pada jam 12.10 tengah hari selepas keseluruhan kawasan kebakaran seluas 80 hektar berjaya dipadamkan.

Antara cabaran yang dihadapi sepanjang operasi ialah kekurangan sumber air terbuka, angin kencang yang menyebabkan api cepat merebak serta keadaan akses jalan yang sempit.

Operasi turut mendapat bantuan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima anggota Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) bersama empat jengkaut, tiga pekerja ladang serta empat anggota JAS.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search