OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Malaysia zahir simpati terhadap mangsa banjir di Pakistan, India

Malaysia zahir simpati terhadap mangsa banjir di Pakistan, India

KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan solidariti bersama penduduk Pakistan dan India yang kini berdepan banjir besar sehingga meragut ratusan nyawa serta memaksa ribuan keluarga berpindah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia turut merasai kesedihan mangsa, lebih-lebih lagi melihat kediaman dihanyutkan arus, keluarga meratapi kehilangan orang tersayang, dan petugas penyelamat berkorban nyawa dalam keadaan berisiko demi menyelamatkan mangsa.

"Dalam waktu sukar ini, rakyat Malaysia bersatu menyokong semua yang terjejas. Kami berkongsi kesedihan anda, dan mendapat kekuatan daripada keberanian, rasa belas kasihan, serta ketabahan yang ditunjukkan ramai pihak di barisan hadapan," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, doa dan ingatan rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka yang meratapi kehilangan serta yang masih mencari harapan di sebalik tragedi itu. – BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search