OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tingkat kesedaran awam kepentingan penjagaan alam sekitar

Tingkat kesedaran awam kepentingan penjagaan alam sekitar

BINTULU, 18 Ogos: Kampung Kuala Nyalau menjadi tumpuan apabila lebih 200 penduduk dari sekitar kampung menyertai Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Program dua hari yang penuh dengan pengisian ilmiah dan aktiviti komuniti ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan penjagaan alam sekitar serta galakan terhadap amalan mampan.

Antara pengisian utama ialah ceramah kesedaran, kempen pembersihan Pantai Kuala Nyalau, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan kempen pengumpulan minyak masak terpakai.

Berucap di majlis penutupan program itu, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi menegaskan bahawa pembangunan ekonomi mesti seiring dengan pemeliharaan alam sekitar, sesuai dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030).

“Ancaman seperti pencemaran, pembuangan sisa toksik dan penebangan hutan haram memberi kesan besar kepada ekosistem dan kesihatan manusia. Kita semua bertanggungjawab dalam menjaganya,” ujar beliau.

Sementara itu, Controller Kualiti Alam Sekitar, Datu Jack Liam dalam ucapannya yang disampaikan Kenny Poon menyatakan komitmen berterusan NREB dalam mendidik masyarakat melalui pelbagai program lapangan.

Program ini menutup tirai dengan seruan kepada semua peserta dan komuniti setempat untuk terus menyemarakkan semangat mencintai alam sekitar demi masa depan yang lebih hijau, bersih dan lestari untuk generasi akan datang.-TVS

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search