Ribut petir, hujan lebat diramal sehingga 7 malam ini
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga jam 7 malam ini.
Selain ibu kota dan seluruh Perlis, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, cuaca itu dijangka melanda Kedah membabitkan Langkawi, Sik, Baling dan Kulim manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Gua Musang; Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin)
"Di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, dan Hulu Langat manakala Johor dan Negeri Sembilan masing-masing membabitkan Mersing dan Jelebu.
"Ramalan cuaca sama di Sarawak dikeluarkan bagi Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah, membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)," katanya.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per am yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.