OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kilang terbiar musnah, dua rumah terbakar di Kota Sentosa

Kilang terbiar musnah, dua rumah terbakar di Kota Sentosa

KUCHING, 4 Ogos: Sebuah kilang lama yang terbiar di Kota Sentosa musnah dalam kebakaran petang tadi yang turut memusnahkan sebahagian daripada dua buah rumah bersebelahan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.45 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Batu Lintang, dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota serta penggunaan dua jentera FRT dan sebuah unit EMRS.

Komander Operasi, Tiwi Ni’os memaklumkan keseluruhan struktur kilang terbiar tersebut terbakar dan api merebak ke dua rumah bersebelahan.

“Rumah di sebelah kiri musnah 60 peratus manakala rumah di sebelah kanan terbakar 70 peratus,” katanya.

Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua nozel yang disambungkan ke pili bomba berhampiran.

BBP Batu Lintang turut membantu dengan satu aliran tambahan sepanjang 300 kaki bagi mempercepatkan kawalan api.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.10 petang dan operasi ditamatkan pada jam 5.21 petang selepas memastikan tiada risiko nyalaan semula.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search