Pakistan isytihar darurat di wilayah Punjab akibat banjir teruk
- Admin UKK
- Berita
PUNJAB: Pakistan mengisytiharkan darurat bencana di wilayah Punjab susulan banjir kilat sehingga kini meragut 63 nyawa dan hampir 300 cedera dalam tempoh 24 jam.
Ketua Menteri Punjab, Maryam Nawaz Sharif berkata darurat merangkumi beberapa daerah termasuk Rawalpindi dan Chakwal.
Penduduk dalam kawasan berisiko diarahkan berpindah selepas paras air meningkat secara mendadak.
Hujan lebat berterusan juga menyebabkan empangan pecah, selain mencetuskan kejadian tanah runtuh yang mengancam nyawa penduduk.
Selain itu, sebilangan mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik dan runtuhan bangunan.
Operasi menyelamat turut menggunakan helikopter tentera bagi membawa keluar mangsa yang terperangkap banjir di beberapa kawasan.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka berterusan sehingga hari ini. – AFP