OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Taufan Nari landa pantai Hokkaido, Jepun

Taufan Nari landa pantai Hokkaido, Jepun

TOKYO: Taufan Nari melintasi pantai Hokkaido pada Selasa, menjadikannya taufan pertama yang melanda pulau utama utara Jepun itu sejak 2016, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.
 
Taufan kelima tahun ini itu membadai kawasan berhampiran Tanjung Erimo di bahagian selatan Hokkaido kira-kira 2 pagi waktu tempatan, sekali gus mencatatkan kejadian pertama landaan taufan di Hokkaido pada Julai sejak rekod bermula pada 1951, menurut agensi cuaca itu.
 
Sistem taufan itu terbentuk hujung minggu lepas, kira-kira 200 km di selatan Pulau Chichijima di Lautan Pasifik, bergerak sepanjang bahagian timur kepulauan Jepun sebelum menghampiri Hokkaido dan bertukar menjadi siklon tropika kuat pada 9 pagi waktu tempatan.
 
Pegawai kaji cuaca menyeru penduduk agar terus berwaspada terhadap angin kencang di Hokkaido, dengan kelajuan maksimum sehingga 87.48 km sejam direkodkan di Bandar Kushiro.
-- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search