OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi 6.7 magnitud landa Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Gempa bumi 6.7 magnitud landa Kepulauan Tanimbar, Indonesia

ANKARA, 14 Julai: Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Kepulauan Tanimbar di Indonesia pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GEOFON) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

GEOFON pada awalnya merekodkan gegaran itu pada magnitud 7.

Pusat gempa terletak kira-kira 167 kilometer dari bandar Tual di wilayah Maluku, pada kedalaman 65.7 kilometer.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan infrastruktur. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search