OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Cuaca panas dijangka berterusan

Cuaca panas dijangka berterusan

PETALING JAYA: Keadaan cuaca panas beberapa negeri dijangka berterusan dalam tempoh seminggu akan datang berikutan taburan hujan yang rendah di seluruh negara akibat pembentukan ribut tropika di barat Lautan Pasifik berhampiran Filipina.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, fenomena itu mengurangkan pembentukan awan hujan di kebanyakan kawasan, sekali gus menyebabkan cuaca lebih kering dan suhu meningkat sehingga 36 celcius di beberapa lokasi.

“Pembentukan ribut tropika di kawasan barat Lautan Pasifik telah mengganggu aliran angin lembap yang biasanya membawa hujan ke rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

“Kesannya, negara mengalami tempoh cuaca panas dengan taburan hujan yang sangat sedikit,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam menghadapi cuaca kering dan panas, orang awam dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk meminum air secukupnya dan mengehadkan aktiviti luar semasa panas terik.

“Pemakaian pakaian yang sesuai, topi atau penggunaan payung amat digalakkan bagi mengurangkan kesan haba terhadap tubuh badan.

“Elakkan melakukan pembakaran terbuka kerana boleh menyebabkan jerebu serta memburukkan lagi pencemaran alam sekitar,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan saluran media sosial rasmi MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca yang terkini dan sahih. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search