OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Pendaki cemas Gunung Kinabalu ‘banjir’

Pendaki cemas Gunung Kinabalu ‘banjir’

RANAU: Pendaki Gunung Kinabalu berdepan detik mencemaskan berikutan air mengalir deras dari puncak gunung di sepanjang laluan ketika melakukan pendakian awal pagi ini disebabkan hujan lebat dalam kejadian pagi hari ini.

Menerusi perkongsian di beberapa malim gunung memaklumkan cuaca berubah mendadak sejak awal pagi, menyebabkan laluan menjadi licin dan berair terutama di kawasan berbatu dan berhampiran anak sungai.

Menurut mereka, keadaan seperti ini bukan luar biasa namun tetap berisiko tinggi setiap kali hujan lebat berlaku. “Laluan boleh menjadi sangat licin, malah aliran air yang deras dari puncak boleh mengancam keselamatan pendaki.

“Kami sentiasa ingatkan pendaki supaya berhenti dan berteduh jika keadaan berbahaya. Jangan ambil risiko mendaki sendirian atau tanpa malim gunung,” kata seorang malim gunung yang bertugas.

Pihak Taman-Taman Sabah (TTS) turut mengeluarkan peringatan supaya semua pendaki mematuhi arahan keselamatan serta tidak meneruskan pendakian tanpa pengawasan.

Pendaki juga dinasihatkan membawa pakaian hujan dan kelengkapan asas keselamatan setiap kali mendaki.

Sejak pagi hari ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan keadaan mencemaskan termasuk insiden seorang pendaki tergelincir akibat aliran deras, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat tengah hari ini, tiada insiden tidak diingini berlaku dan pemantauan masih diteruskan oleh petugas TTS bersama malim gunung bagi memastikan keselamatan pendaki yang berada di laluan.

Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter terus menjadi tumpuan pendaki dari dalam dan luar negara, namun faktor cuaca kekal menjadi elemen penting dalam menentukan kelancaran pendakian.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search