OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dua premis punca Sungai Kapar jadi biru

Dua premis punca Sungai Kapar jadi biru

SHAH ALAM – Misteri Sungai Kapar Kechil yang bertukar menjadi kebiruan pada bulan lalu terbongkar apabila ia didapati berpunca daripada premis memproses plastik dan penyimpanan cecair getah di kawasan perindustrian Batu 8, Jalan Kapar dekat sini.

Perkara itu diketahui hasil siasatan dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada Ahad dan kelmarin.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, semakan di dalam premis memproses plastik mendapati terdapat sebuah pam yang disyaki digunakan untuk mengepam efluen dari kolam premis ke Sungai Kapar Kechil

Katanya, semakan lanjut juga mendapati terdapat dua lagi pam digunakan oleh premis untuk mengabstrak air sungai tanpa kebenaran.

“Terdapat kebocoran kepada penutup ‘outlet’ tangki ‘intermediate bulk container’ (IBC) milik premis menyimpan bahan cecair getah berwarna biru bagi pembuatan sarung tangan.

“Pemerhatian lanjut mendapati tiada kolam takungan di premis tersebut bagi menampung aliran sisa cecair berwarna tersebut.

“Ini seterusnya menyebabkan ia terus mengalir ke dalam longkang premis, seterusnya ke parit berhampiran, dan akhirnya ke Sungai Kapar Kechil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, kata beliau, LUAS telah mengarahkan kedua-dua premis untuk menghentikan serta-merta operasi pam dan menutup aliran berkaitan.

Tambahnya, pensampelan juga telah dibuat dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis dan tindakan penguatkuasaan lanjut.

“Kerja-kerja pembersihan oleh premis di semua lokasi terlibat telah dipantau rapi oleh LUAS dan selesai sekitar jam 10.45 malam tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 79 (4) dan Seksyen 107 (b) Enakmen LUAS 1999,” katanya.

Jelasnya, penemuan punca pencemaran air berwarna ini berjaya mengelakkan risiko permasalahan kepada Sungai Kapar Kechil dan iseterusnya pencemaran laut Selat Melaka. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search