OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Putra Heights: Penduduk desak siasatan semula

Putra Heights: Penduduk desak siasatan semula

PETALING JAYA: Penduduk di Kampung Kuala Sungai Baru mendesak siasatan tragedi le­tupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu dilakukan semula.

Menurut mereka, laporan siasatan itu dan juga keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) kerana tiada unsur sabotaj dan jenayah berhubung tragedi tersebut sangat mengecewakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB), Mohd. Badly Nordin berkata, keputusan tersebut juga menafikan hak penduduk untuk mendapatkan keadilan selepas kehilangan harta benda dan mengalami trauma mendalam.

“Ramai tercedera, kehilangan rumah dan masih trauma tetapi kami diberitahu tiada tindakan lanjut. Ini sangat mengecewakan dan seolah-olah menutup terus harapan mangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, mangsa terlibat telah melantik peguam bagi tujuan nasihat perundangan dan tindakan susulan, sekiranya masih tiada penyelesaian sewajarnya daripada pihak berkaitan.

“Kami sudah ada peguam yang bersedia membantu dari segi undang-undang, namun buat masa ini kita memberi ruang untuk proses siasatan dan keputusan selanjutnya sebelum mempertimbangkan langkah seterusnya,” katanya.

Pihak Pertubuhan Kebajikan Penduduk KKSB turut mendesak agar siasatan semula dijalankan oleh pihak penyiasat bebas, selain pendedahan penuh hasil teknikal dan forensik dilakukan bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat.

Mereka turut menuntut perlindungan undang-undang kepada saksi dan mangsa, serta meminta penjelasan terbuka kerajaan negeri sebagai badan utama pengurusan bencana untuk menjelaskan perkara tersebut secara terperinci.

Dalam masa sama, mereka mahu kerajaan negeri jelaskan secara telus agihan bantuan pembaikan rumah agar tiada ketidakadilan antara perumahan dan kampung yang terjejas.

“Kami lihat agihan tidak seimbang. Penduduk kampung terima jauh lebih rendah. Ia benar-benar menyentuh hati mangsa yang terjejas,” ujarnya.

Justeru pihak Pertubuhan Kebajikan KKSB menyeru Perdana Menteri, wakil rakyat dan NGO bersama penduduk dalam memperjuangkan kea­dilan, kerana keadilan yang ditangguh adalah keadilan yang dinafikan. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search