OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

China aktifkan respons kecemasan tahap tiga di Guizhou

China aktifkan respons kecemasan tahap tiga di Guizhou

GUIZHOU, 29 Jun - China menaik taraf respons kecemasan bantuan bencana ke tahap tiga sebagai tindak balas terhadap banjir besar yang melanda Wilayah Guizhou baru-baru ini.

Menurut Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pencegahan, Mitigasi dan Bantuan Bencana China, aspek lain yang turut diberi perhatian dana kecemasan serta penempatan bantuan. Bagi memenuhi keperluan itu, pasukan petugas diarahkan untuk menilai kerosakan, menyelaraskan langkah kecemasan, dan menyokong kerja bantuan untuk penduduk yang terjejas.

Kerajaan pusat juga telah menghantar 15,000 barangan bantuan ke Guizhou, termasuk katil lipat, selimut, dan kit kecemasan isi rumah, yang direka untuk membantu pihak berkuasa tempatan menguruskan pemindahan kecemasan penduduk yang dipindahkan.

Turut diumumkan peruntukan tambahan berjumlah 100 juta yuan (kira-kira AS$13.96 juta) dalam dana bajet pusat untuk menyokong tindak balas kecemasan dan kerja pemulihan di kawasan yang terjejas. Ia menerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC).

"100 juta yuan telah diperuntukkan pada hari Rabu, ini meningkatkan jumlah dana kepada 200 juta yuan, kata NDRC.

Dana itu akan menyokong pemulihan kecemasan pasca bencana bagi pengangkutan, pemuliharaan air, penjagaan kesihatan, pendidikan, dan infrastruktur lain serta kemudahan perkhidmatan awam di Guizhou, khususnya di daerah yang terjejas teruk, termasuk Rongjiang, Congjiang dan Sandu, untuk membantu memulihkan kehidupan normal dan pengeluaran secepat mungkin.

Hujan lebat memusnahkan komuniti di seluruh Guizhou, mengorbankan enam orang dan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan tempat tinggal. Sehingga Sabtu, lebih 41,500 penduduk telah dipindahkan dari Daerah Rongjiang sahaja. - REUTERS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search