OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

‘Biarkan ia terbang, jangan ditahan-tahan’

‘Biarkan ia terbang, jangan ditahan-tahan’

PETALING JAYA – Nasib tidak menyebelahi dua remaja apabila khemah jualan berhampiran sebuah stesen minyak diterbangkan angin kencang di Balok, Pahang baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Sasae, memaparkan suasana kelam-kabut apabila payung khemah diterbangkan angin, manakala semua makanan dalam bungkusan yang telah disusun rapi di atas meja bertaburan atas jalan.

Dalam video tersebut turut kelihatan dua remaja perempuan itu sempat menahan payung khemah daripada terbang, namun gagal. “Tak ada rezeki, habis semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan menitipkan kata-kata semangat buat dua peniaga muda itu.

“Jangan pernah pertahankan payung yang ingin terbang, nanti diri kita sendiri yang sakit. Apa-apa pun, ‘stay strong’ (terus kuat),” ujar seorang pengguna.

“Ada hikmah di sebalik kejadian. Tabah ya hadapi ujian ini, semoga ada yang lebih baik dari ini,” komen Anwar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, kak,” kata Riko. – KOSMO! ONLINE

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search