OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

China aktifkan tindak balas kecemasan banjir di tiga wilayah

China aktifkan tindak balas kecemasan banjir di tiga wilayah

BEIJING, 29 Jun: Kementerian Sumber Air China mengaktifkan pada Ahad tindak balas kecemasan Tahap 4 terhadap banjir di Chongqing, Sichuan dan Gansu susulan pusingan baharu hujan lebat, lapor Xinhua.

Dalam beberapa hari akan datang, tiga wilayah peringkat provinsi itu dijangka mengalami hujan lebat yang boleh menyebabkan paras sungai melepasi paras amaran.

Pihak berkuasa di wilayah terbabit digesa untuk meningkatkan pemantauan masa nyata terhadap paras sungai dan hujan, mengeluarkan amaran tepat pada masanya, serta melaksanakan pemindahan jika perlu bagi melindungi nyawa dan harta benda, menurut kementerian itu.

China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat, dengan Tahap 1 sebagai tahap tindak balas paling tinggi. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search