OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Segerakan baik pulih kerosakan Putra Heights

Segerakan baik pulih kerosakan Putra Heights

PETALING JAYA: Penduduk yang terjejas akibat letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya, April lalu, menggesa pihak berkuasa dan pemaju mempercepatkan proses membaik pulih kawasan perumahan yang terjejas teruk.

Menurut penduduk Taman Harmoni, Alina Ariffin, 52, timbul kerisauan dalam kalangan penduduk tentang aspek kese­lamatan, susulan keluar masuk pekerja kontraktor ke kawasan kediaman tanpa pemantauan yang jelas sejak 1 Mei lalu.

“Kerja-kerja penggantian paip gas yang terjejas juga sudah berjalan dan masa kerja telah dilanjutkan sehingga selepas pukul 10 malam setiap hari.

“Sejak 1 Mei, ramai kontraktor keluar masuk kawasan perumahan, sehinggakan kawalan keselamatan di kawasan itu menjadi longgar.

“Jadi kami sebagai penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan mengaktifkan semula perkhidmatan kawalan keselamatan sementara kerja-kerja masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd. Badly Nordin berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menjalankan kerja pembersihan tapak bagi pembinaan struktur rumah baharu dan kini pembinaan tersebut dalam fasa awal.

“SPNB telah membersihkan sepenuhnya rumah yang mengalami kemusnahan penuh dan sudah mula bina tapak untuk bina rumah baharu,” katanya.

Tambah beliau, secara kese­luruhan sebanyak 11 buah rumah akan dibina semula sepenuhnya, manakala enam buah lagi yang mengalami kerosakan sederhana telah dibaiki oleh pihak SPNB.

Pada 1 April lalu, insiden letu­pan paip gas di Putra Heights telah mengakibatkan kemusnahan besar di Kampung Kuala Sungai Baru dan taman perumahan berdekatan. – UTUSAN

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search