OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Korban Wutip meningkat 7 orang

Korban Wutip meningkat 7 orang

HANOI – Angka kematian di Vietnam akibat hujan lebat dan banjir yang dibawa Taufan Wutip meningkat kepada tujuh orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Wutip tiba di daratan di selatan China hujung minggu lalu bersama angin kencang selaju  128 kilometer sejam sebelum lemah dan  bertukar kepada ribut tropika.

Tujuh orang terkorban, 100 rumah rosak dan hampir 60,000 hektar  tanaman ditenggelami air di tengah Vietnam, demikian menurut kemas kini pihak berkuasa pengurusan bencana hari ini.

Vietnam dilanda kira-kira 12 ribut tropika setiap tahun, tetapi pada bulan Jun,  ribut biasanya menjejaskan utara Vietnam dan beransur-ansur bergerak ke selatan negara itu menjelang hujung tahun.

Lewat minggu lalu, tengah Vietnam termasuk bandar warisan dunia Hoi An, mengalami banjir serius yang menyebabkan kematian, mengganggu lalu lintas dan merosakkan tanaman.

Tahun lalu pula, bencana alam meragut 514 nyawa di Vietnam, tiga kali ganda lebih banyak berbanding 2023.

Pada September 2024, utara Vietnam musnah akibat Taufan Yagi, yang membunuh 345 orang dan menyebabkan anggaran kerugian ekonomi sebanyak AS$3.3 bilion (RM14.13 bilion). – AFP 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search