Banjir kilat landa Balik Pulau, turut sebabkan kesesakan lebih 3 km
- Admin UKK
- Berita
Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam, hari ini.
Lokasi terjejas termasuk Titi Teras, Lorong Haji Taufik, Kampung Sungai Rusa, Taman Manggis dan Air Putih.
Difahamkan, berlaku kesesakan sejauh tiga kilometer di persimpangan Air Putih ke Pekan Balik Pulau susulan laluan dinaiki air.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau yang juga Komander Operasi, Mohd Faris Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.53 petang.

"Air turut memasuki empat rumah dengan anggaran kedalaman 0.3 meter, kawasan perkarangan BBP Balik Pulau turut digenangi air, tetapi tidak masuk ke dalam bangunan.
"Pemantauan dilakukan pasukan penyelamat dan mendapati keadaan terkawal serta tidak membabitkan pemindahan mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Faris berkata, pihaknya turut mengalami kesukaran untuk segera tiba di lokasi terjejas kerana kesesakan lalu lintas.
Malah, pihaknya turut berdepan risiko arus deras, renjatan elektrik dan longkang besar tidak berpenutup.
"Kita turut terima maklumat mengenai paras air yang meningkat di kawasan Air Putih, Sungai Burung dan Sungai Pinang susulan hujan lebat dan air pasang.
"Walaupun air sudah surut dan keadaan terkawal, pasukan penyelamat sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku banjir kilat susulan," katanya.