OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir kilat di Balik Pulau, empat rumah dinaiki air

Banjir kilat di Balik Pulau, empat rumah dinaiki air

BALIK PULAU: Sebanyak empat buah rumah di Jalan Kampung Air Putih di sini, dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu petang ini.
 
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata dua jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.53 petang.
Beliau berkata banjir kilat itu menyebabkan jalan dilimpahi air sedalam kira-kira 0.3 meter dan memasuki kawasan rumah penduduk berhampiran.
 
"Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat selain kedudukan lokasi di bawah kaki bukit yang menyebabkan air memenuhi longkang dan melimpah ke jalan raya, seterusnya memasuki empat buah rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
John memaklumkan pemantauan di lokasi mendapati keadaan terkawal dan paras air juga sudah beransur surut dengan operasi ditamatkan pada 6.33 petang.
 
Selain Balik Pulau, kebanyakan kawasan di negeri berkenaan turut dilanda hujan lebat, malah amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia petang ini.
 
-- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search