OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Purata suhu dijangka mencecah hingga 37 darjah Celsius - METMalaysia

Purata suhu dijangka mencecah hingga 37 darjah Celsius - METMalaysia

PUTRAJAYA, 12 Jun - Beberapa kawasan di utara dan pedalaman Semenanjung Malaysia dijangka mengalami suhu mencecah hingga 37 darjah Celsius pada musim Monsun Barat Daya (MBD) yang sedang melanda negara sehingga September ini, susulan kawasan berkenaan lebih terdedah kepada sinaran matahari .

Jelas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambung Dindang, lokasi berkenaan diramal mencapai suhu tertinggi sekitar Julai dan Ogos nanti.

"Lain tempat, lain purata dia punya suhu. Jadi ia bergantung mengikut kawasan, terutamanya kalau kawasan pedalaman dan juga di utara negara dia akan lebih tinggi sedikit.

Secara umum kita boleh lihat musim MBD ini di pedalaman lebih panas kerana ia lembab dan sinaran matahari itu lebih diserap," katanya pada sesi Taklimat Media Persediaan Menghadapi MBD 2025 di sini, hari ini.

Namun, setakat ini MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca semasa masih terkawal dan tidak ekstrem.

Tambah beliau, walaupun tiada perancangan untuk kawalan pergerakan ketika cuaca panas, MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan amaran suhu panas mengikut tahap jika perlu.

Dalam pada itu, suhu tertinggi negara pernah direkodkan di Chuping, Perlis pada 10 April 1998 dengan bacaan 40.1 darjah Celsius semasa fenomena El Niño.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search