OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika dikesan berlaku kira-kira 1,402 kilometer ke Barat Laut Kudat boleh menyebabkan keadaan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan.

MetMalaysia dalam notis Nasihat Ribut Tropika dikeluarkan pada 5.45 petang memaklumkan, keadaan cuaca itu menyebabkan pergerakan ribut ke arah barat laut dengan kelajuan lima kilometer sejam (5 km/j), manakala kelajuan angin maksimum 83 km/j.

Menurut MetMalaysia berdasarkan pencerapan pada 5 petang tadi, ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 17.5 utara dan longitud 109.8 timur, kira-kira 231 kilometer ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search