OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kes Covid-19 di Thailand naik berganda

Kes Covid-19 di Thailand naik berganda

BANGKOK:
 
 Kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Jabatan itu memaklumkan kes direkodkan antara 11 hingga 17 Mei lalu lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes pada minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian direkodkan di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi, menurut media tempatan.

Bangkok mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,290 kes, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482) dan Samut Prakan (1,442).

Kebanyakan kes membabitkan individu berumur 30 hingga 39 tahun. Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri jika mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak atau keletihan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search