OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut: Pemancing maut tercampak dalam laut

Ribut: Pemancing maut tercampak dalam laut

BATU PAHAT, 5 Mei: Seorang pemancing maut selepas tercampak dalam laut selepas kelong disewa runtuh dipukul ribut dalam kejadian di perairan Parit Hailam, Senggarang, dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi itu, tujuh pemancing lain berjaya diselamatkan.

Kata Mohammad Zaini, ketika memancingberlaku insiden angin kencang dan ombak besar yang menyebabkan Mohd. Faizal Mohd. Nor, 45, tercampak ke laut sebelum hilang manakala kelong berkenaan ranap.

β€œMayat mangsa ditemukan pada petang semalam di bawah runtuhan kelong oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke pantai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, tujuh lagi pemancing iaitu empat warga tempatan dan tiga rakyat Indonesia berusia antara 31 hingga 52 tahun sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiang kelong.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru sejurus menerima maklumat kejadian.

Beliau berkata, mereka yang berjaya diselamatkan Bot Petir 51 dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut. -TVS.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search