OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang, daerah Sipitang pulih

Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang, daerah Sipitang pulih

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang daripada 455 keluarga pada 4 petang ini, berbanding 1,541 orang daripada 472 keluarga 8 pagi tadi.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, Sipitang ditutup pada 3 petang tadi selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan situasi banjir telah pulih.
 
"Setakat ini, 1,266 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS, manakala PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit telah ditutup petang ini," menurut kenyataan itu.
 
PPS masih dibuka ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).
Sementara itu di Beaufort, 260 mangsa daripada 78 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
 
"Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook," menurut kenyataan itu.
 
-- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search