OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1.00 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, kawasan di Sarawak yang dijangka terjejas termasuk Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Bagi Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau (Semporna) dan Sandakan (Sandakan).

Wilayah Persekutuan Labuan turut disenaraikan. “Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada, menghentikan aktiviti luar dan memantau perkembangan cuaca melalui laman rasmi MetMalaysia serta media sosial.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search