OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan paip gas: Kerja baik pulih kediaman Putra Heights bermula hari ini

Letupan paip gas: Kerja baik pulih kediaman Putra Heights bermula hari ini

SUBANG JAYA: Gerak kerja bagi proses baik pulih rumah terjejas dalam insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya telah dimulakan hari ini.

Kerja-kerja baik pulih memberi keutamaan kepada unit kediaman dalam radius 100 meter dari kawasan kejadian terutama kediaman yang mengalami kerosakan melebihi 40 peratus.

Tinjauan siang tadi mendapati, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama beberapa kontraktor yang dilantik sudah mula turun padang ke kawasan terjejas.

Ia bagi memulakan proses baik pulih yang dijangka dijalankan secara berperingkat. Hasil tinjauan turut mendapati, kawasan berkenaan masih dikawal ketat pihak berkuasa.

Bagi penduduk, Ahmad Robani Ahmad Baharudin, dia meluahkan rasa syukur dan lega kerana tidak lagi perlu memikirkan soal baik pulih kediaman mereka.

“Syukur sangat ada progress (kemajuan). Terang sikit harapan berbanding sebelum ini,” katanya. Seorang lagi penduduk, Muhammad Syukri Shuhaimy Basha turut meluahkan rasa sama.

“Setakat ini, Alhamdulillah. Bila nampak ada tindakan dari pihak berkenaan datang jadi kami semua rasa sedikit lega terutama penduduk lot ini.

“Jadi secara tidak langsung pun kita tahulah apa yang akan dibuat untuk rumah terutama yang total loss (musnah),” katanya.

Walaupun begitu, penilaian keselamatan tetap akan diteruskan di kawasan berkenaan bagi mengenal pasti kerosakan struktur terutama rumah yang terjejas teruk.

Menurut penduduk, Rabiatul Akmal Ramlee, dia dimaklumkan pihak berkenaan akan memeriksa kediamannya sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Justeru, dia bersama penduduk setempat berharap proses baik pulih dapat disegerakan kerana bimbang tidak lagi mampu menampung perbelanjaan untuk sewa rumah.

“Mudah-mudahan sebelum kita keluar airbnb, kalau tidak ada kita kena cari tempat tumpangan lain untuk sementara kita masuk rumah sewa tu, jadi mudah-mudahan dipermudahkan,” ujarnya.

Semalam, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM46 juta bagi proses baik pulih rumah dan infrastruktur awam yang terjejas dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search