OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran Putra Heights: KDEBWM sediakan tong roro sehingga proses pemulihan selesai

Kebakaran Putra Heights: KDEBWM sediakan tong roro sehingga proses pemulihan selesai

Shah Alam: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan tong sampah roro secara percuma di setiap lorong dan kawasan yang terjejas dalam insiden letupan saluran gas di Putra Heights pada 1 April lepas.

Pengarah Urusan KDEBWM Datuk Ramli Mohd Tahir berkata kemudahan disediakan sehingga kerja-kerja pembersihan dan baik pulih selesai sepenuhnya itu bertujuan meringankan beban penduduk terkesan, khususnya bagi membantu kos pemulihan yang ditanggung penduduk terlibat.

"Pembersihan masih berlaku di bawah kawalan kita berdasarkan penghasilan sampah oleh penduduk terutamanya mereka yang membuat pembaikan rumah mereka.

"... di Taman Putra Harmoni kita tempatkan sebanyak 12 tong roro manakala 10 tong lagi di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Trak Fuso kumpulan pertama di sini hari ini.

Ramli berkata setakat ini lebih 1,000 tan metrik sisa pepejal dikutip pihaknya susulan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit.

Insiden pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search