OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Genap sebulan gempa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah

Genap sebulan gempa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah

NAYPYIDAW: Ribuan mangsa masih berlindung di khemah-khemah sementara, selepas genap sebulan Myanmar dilanda gempa bumi paling dahsyat dalam lebih satu abad.

Gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter merupakan gegaran terkuat di Myanmar sejak tahun 1912, sehingga mengorbankan hampir 3,800 orang.

Kemusnahan paling teruk tertumpu di bandar kedua terpadat, Mandalay, di bangunan kediaman, restoran, hotel dan rumah ibadat musnah atau rosak teruk.

Dengan puluhan ribu orang masih tiada tempat tinggal menjelang musim monsun, agensi bantuan memberi amaran mengenai cabaran besar yang dijangka menyusul.

“Orang ramai amat bimbang dengan apa yang akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang,” kata Ketua Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IRFC) Myanmar, Nadia Khoury kepada AFP.

Bukan hanya terhimpit dengan impak bencana, Myanmar juga berdepan dengan serangan ketenteraan yang berlarutan meskipun terdapat gencatan senjata.

Tentera – yang mencetuskan perang saudara selepas rampasan kuasa 2021 – mengisytiharkan gencatan senjata untuk mempercepatkan usaha bantuan bermula 2 April lalu.

Namun, pemantau dari Pusat Ketahanan Maklumat yang berpangkalan di Britain mencatatkan 65 serangan udara oleh junta.

Serangan pada Rabu lalu mengorbankan lima nyawa dan mencederakan lapan yang lain di sebuah kampung di pinggir bandar Tabayin, menurut penduduk.

Di timur Myanmar, penduduk melaporkan mereka terpaksa meninggalkan rumah akibat serangan kumpulan bersenjata yang cuba merampas bandar di laluan perdagangan menguntungkan ke Thailand semasa gencatan senjata berlangsung.

Selepas empat tahun konflik, separuh daripada populasi sudah pun hidup dalam kemiskinan dan 3.5 juta orang dipindahkan sebelum gempa tersebut.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search