Banjir bawa malang berganda di Kampung Paya Jaras
- Admin UKK
- Berita
Sungai Buloh: Niat mahu membantu anak menyelamatkan barangan dan perkakas rumah daripada ditenggelami banjir. Namun tanpa sedar rumahnya sendiri dinaiki air.
"Sekitar jam 6 pagi tadi, saya pergi ke rumah anak saya di kampung bersebelahan sebaik mengetahui banjir melanda rumahnya.
"Anak saya itu memiliki bayi berusia tiga bulan. Jadi saya segera mahu menolongnya. Namun saya terkejut apabila mendapati rumah sendiri turut dilanda banjir.
"Saya tinggal di sini sejak tahun 2000. Rasanya lebih 15 kali banjir melanda kawasan ini. Bagaimanapun sejak projek pelebaran sungai berhampiran dilakukan, banjir jarang berlaku," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengapa enggan berpindah, peniaga pasar malam itu berkata, kos sara hidup dan kadar sewa yang tinggi menyebabkan dia terus tinggal di kawasan itu walaupun kerap dinaiki banjir kilat.
Katanya, dia pernah berhadapan pengalaman paling pahit pada 2014 apabila kediamannya ditenggelami banjir sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.