OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran Putra Heights: Pembayar zakat tolak bantuan asnaf

Kebakaran Putra Heights: Pembayar zakat tolak bantuan asnaf

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendedahkan terdapat mangsa letupan dan kebakaran gas di Putra Heights, Subang Jaya enggan menerima wang zakat walaupun layak kerana mampu berdikari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, situasi itu berlaku ketika pihaknya menghulurkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada mangsa terbabit.

"Ada yang kata mereka pembayar zakat, jadi tak nak terima, tapi tetap cuba hubungi seorang demi seorang kerana niat kami hanya untuk bantu," katanya pada sidang media dan Pembentangan Laporan Prestasi Kutipan dan Agihan LZS di Menara Zakat Sultan Idris Shah di sini pada Rabu.

Beliau memberitahu, bantuan itu adalah sebahagian usaha segera LZS selepas insiden berlaku membabitkan hampir 300 penduduk Muslim termasuk 166 individu asnaf yang dikenal pasti menetap dalam kariah terbabit.

 

Selain itu katanya, terdapat juga mangsa tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana memilih untuk tinggal bersama keluarga atau saudara-mara.

Jelasnya, LZS sedang giat mengesan mereka yang terjejas tetapi belum dikesan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kita tidak mahu ada yang tercicir kerana bagi kami, jika rumah musnah atau rosak teruk, mereka perlu dibantu sama ada melalui pembinaan semula atau baik pulih rumah.

Dalam pada itu katanya, pihaknya telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada hampir 300 penduduk Islam yang terkesan dalam kejadian itu

Jelas beliau, bantuan bencana itu merupakan sokongan segera kepada semua mangsa terlibat, sementara LZS menunggu maklumat lengkap bagi menyalurkan bantuan seterusnya.

“Bantuan ini kita beri terus sejak minggu pertama kejadian, bagaimanapun kita akan buat penilaian semula dari semasa ke semasa bagi melihat keperluan lanjut," tambah beliau.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search