OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Malaysia adaptasi pengurusan bencana Indonesia

Malaysia adaptasi pengurusan bencana Indonesia

JAKARTA: Indonesia, negara yang begitu rentan dengan bencana memiliki pengetahuan dan pengalaman mendalam dalam aspek pengurusan bencana.
 
Untuk rekod Indonesia merupakan negara kelima tertinggi di dunia mengalami pelbagai bencana seperti letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi, banjir dan tanah runtuh serta kebakaran hutan.
 
Pada 2024 sahaja, sebanyak 472 bencana berlaku dan sejumlah 5,400 bencana dicatatkan pada tahun sebelumnya di seluruh Indonesia.
 
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) merupakan agensi nasional yang bertanggungjawab tentang pengurusan bencana dan mengkoordinasi program pengurusan bencana dengan semua pemegang taruh , holistik dan mampan.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan delegasi melakukan kunjungan ke ibu pejabat BNPB dan AHA Centre di Jakarta untuk melihat secara dekat fungsi dan operasi BNPB yang boleh dipelajari dan diadaptasi oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
 
Beliau selaku Pengerusi NADMA berkata, penyelarasan yang kemas dan cekap memperlihatkan keupayaan BNPB menguruskan semua bentuk kecelakaan bencana sebelum, semasa dan pasca bencana.
 
“Koordinasi yang mantap ditunjukkan oleh badan nasional bencana seperti BNPB menggunakan data sains, teknologi dan pelaburan besar dalam meramalkan dan pencegahan bencana dapat mengurangkan korban nyawa dan kerugian harta benda akibat malapetaka bencana alam boleh dicontohi oleh Malaysia” ujar Ahmad Zahid
 
Tambah Ahmad Zahid: “Lawatan ini amat berharga kita rasa kagum dengan kesiapsiagaan BNPB dan banyak perkara boleh dipelajari oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara untuk menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan.”
 
“Pasukan SMART kita memang telah diiktiraf antara terbaik didunia untuk operasi dan menyelamat tetapi BNPB memiliki pasukan khas bagi menangani pelbagai bencana seperti kebakaran, banjir , bencana geologi dan kemalangan di laut,” ujar beliau lagi
 
Malaysia turut memuji kepantasan Pusat Koordinasi ASEAN bagi Bantuan Kemanusian (AHA Centre) dalam menangani gempa bumi yang melanda Myanmar pada hujung bulan Mac lalu.
 
Ahmad Zahid berkata, penyelarasan yang pantas dan cekap tersebut jelas membuktikan peranan penting AHA Centre dalam rangka kerja tindak balas bencana secara kolektif ASEAN.
 
Pasukan SMART NADMA turut diterbangkan ke lokasi terjejas gempa bumi bagi operasi mencari dan menyelamat dan bantuan kemanusiaan serta keperluan penting dihantar dengan segera sebagai solidariti melampaui retorik dizahirkan dengan komitmen setiap negara ASEAN.
 
Gempa bumi yang bermagnitud 7.9 skala richter itu melanda Myanmar pada 28 Mac lepas telah meragut 3,726 nyawa dan mencederakan 5,105 orang manakala ratusan lagi yang hilang setakat 18 April.
 
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari yang berakhir hari ini.
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search