OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Angka penduduk terjejas banjir Sabah, Johor tidak berubah

Angka penduduk terjejas banjir Sabah, Johor tidak berubah

KUALA LUMPUR, 16 April- Seramai 228 orang daripada 75 keluarga terjejas banjir di Sabah, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), banjir di Sabah melibatkan daerah Beaufort dan Keningau.

"Di Beaufort, 152 orang daripada 54 keluarga terjejas banjir. Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.

"Manakala di Keningau; 76 orang daripada 21 keluarga terbabit dengan banjir. Hanya satu PPS dibuka di daerah berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Selain Sabah, Johor turut dilanda banjir.

Seramai 56 orang daripada 17 keluarga kekal terjejas banjir di negeri itu.

Ia hanya melibatkan daerah Segamat, dengan dua PPS dibuka di daerah terbabit.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search