OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM ke Myanmar

Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM ke Myanmar

JOHOR BAHRU, 13 April – Malaysia akan menghantar seramai 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan bencana gempa bumi yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penghantaran itu merupakan sebahagian daripada cadangan penubuhan Hospital Medan Malaysia di Myanmar, setelah Kerajaan Persekutuan secara prinsip bersetuju terhadap pelaksanaannya.

“Kapasiti dan lokasi hospital medan ini akan ditentukan selepas mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Kerajaan Myanmar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah stesen minyak baharu di Bandar Seri Alam, di sini.

Menurut Mohamed Khaled, Malaysia juga akan memohon kerjasama daripada Kerajaan Myanmar untuk mengenal pasti kawasan yang selamat bagi pengoperasian hospital berkenaan.

Hospital medan tersebut akan menumpukan kepada rawatan ortopedik dan trauma, termasuk menyediakan pembedahan kecemasan bagi mangsa yang mengalami kecederaan seperti patah tulang.

“Rawatan ini penting untuk mengurangkan risiko kecacatan dalam kalangan mangsa yang terlibat,” tambah beliau.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search