OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan paip gas: Hujan, cuaca tidak menentu lambatkan proses siasatan

Letupan paip gas: Hujan, cuaca tidak menentu lambatkan proses siasatan

SUBANG JAYA: Keadaan hujan dan cuaca tidak menentu memberi cabaran kepada pasukan teknikal untuk melakukan proses siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerja korek tanah terpaksa dihentikan ketika hujan kerana struktur tanah yang tidak stabil.

“Selepas hujan reda, air yang bertakung perlu dipam keluar sebelum kerja mengorek tanah dapat diteruskan semula.

“Ini sedikit sebanyak akan melambatkan proses siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, media melaporkan laporan lengkap berhubung insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, minggu lalu dijangka diperoleh pertengahan Mei depan, lebih lewat dari jangkaan awal, disebabkan keadaan cuaca serta faktor kestabilan tanah di lokasi kejadian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, laporan awal sepatutnya diperoleh dalam tempoh dua minggu pertama selepas kejadian, namun kelewatan berlaku kerana keadaan tanah masih terlalu rapuh dan tidak selamat untuk dimasuki pasukan penyiasat.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search